Pelaburan emas mampu memberikan pulangan yang lumayan jika anda semua mamahami konsep dan teknik yang akan saya kongsikan ini. Diharap anda dapat membaca post ini dengan hati yang terbuka dan dapat mengambil sedikit sebanyak input tentang pelaburan emas ini. Kita perlu siapkan minda kita dahulu, bila minda dah bersedia, semuanya lebih mudah untuk dilaksanakan...
Pertama sekali, sebagai pelabur emas, anda perlu memahami perkara-perkara dibawah ini...
- Pelaburan emas adalah jenis pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang. Walaupun tempoh pelaburan adalah agak lama, namun, ia mampu untuk memberikan keuntungan kepada pelabur. Pelaburan emas disarankan untuk tempoh sekurang2nya 1 tahun dan ke atas. Kesabaran pelabur adalah penting dalam menunggu harga emas naik dan turun.
- Dalam pelaburan emas, konsep yang perlu digunakan adalah "Beli Emas Sekarang, Kemudian Tunggu" (buy first, then wait). Namun begitu, kebanyakan individu yang saya jumpa, menggunakan konsep, "Tunggu Dulu, Baru Beli". Dalam tempoh menunggu, sudah pasti harga emas semakin menaik sedikit demi sedikit, dan akhirnya menjadi semakin mahal. Bila dah mahal tu, baru nak beli... Sepatutnya jika dibeli dari awal dan tunggu, pembeli sudah dapat menikmati keuntungan dari kenaikan harga emas tersebut.
- Emas adalah komoditi, harganya sentiasa naik dan turun. Tetapi, dalam jangkamasa panjang, harganya akan meningkat naik
- Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan yang tetap setiap bulan. Jika ada yang ingin menjana pendapatan, pelaburan emas bukan jawapannya... Mereka harus melakukan perniagaan emas.
- Yup!! Betul tu... Jika anda fikirkan ini, (melabur emas sambil berniaga), anda memang BIJAK!!! Sambil melabur, sambil berniaga emas, sekurang-kurangnya, dapat juga pendapatan sampingan dari hasil penjualan emas tersebut, iaitu komisen yang diberikan oleh pihak Public Gold. Cara untuk memulakan perniagaan emas boleh dibaca di SINI.
- Semakin banyak ilmu yang anda perolehi, maka, anda akan lebih mudah untuk menjana pendapatan dengan perniagaan emas. Oleh itu, anda perlulah rajin membaca laman web yang mempunyai kaitan dengan emas... Contohnya:-
Sekarang kita beralih pula kepada pelan tindakan yang perlu diambil...
- Langkah Pertama: Mulakan sekarang!! Beli emas sekarang, kemudian baru tunggu harga emas naik. Kebanyakan yang baru nak bermula menyimpan emas akan berasa teragak2 untuk membeli emas mereka buat kali pertama. Keadaan ini biasanya berlaku apabila harga emas sedang tinggi. Mereka takut selepas membuat pembelian, tiba-tiba harga emas jatuh dan mereka akan rugi. Mentaliti ini perlu dielakkan sama sekali. Ramai yang teragak-agak untuk memulakan pelaburan emas walaupun tahu ianya sangat menguntungkan dan emas memang naik harga di dalam jangkamasa panjang. Mereka merasakan harga emas “mahal”. Ya memang betul emas memang mahal. Ia akan menjadi lebih mahal pada masa akan datang. Saya tak pernah jumpa orang yang cakap harga emas adalah murah. Perasaan mahal itu hanyalah bisikan otak kiri anda sahaja. Usah pedulikan ia. Yang penting anda perlu bertindak. Emas adalah pelaburan jangkamasa panjang (setahun keatas). Walau apa juga harga emas pada masa akan datang, anda perlu membeli emas sekarang, kemudian baru menunggu. Sekarang ialah zaman kenaikan harga emas. Dimana sahaja harga permulaan anda, anda akan tetap untung. Jadi ambil tindakan sekarang!!
- Langkah Kedua: Beli emas secara konsisten.. Langkah ini perlu dilakukan setelah langkah pertama berjaya dilaksanakan (Every Great Journey Starts With A First Step). Beli emas secara konsisten. Nak senang cerita, anda perlu ada matlamat untuk memiliki emas setiap beberapa bulan... Contohnya, miliki 1 dinar setiap 3 bulan. Jika dilaksanakan dengan konsisten, dalam masa setahun, anda sudah berjaya menyimpan 4 dinar emas.
No comments:
Post a Comment