Thursday, January 27, 2011

Harga Emas Jatuh??!!

Pagi tadi saya terjaga pukul 5 pagi, dan tgk harga emas jatuh banyak!! Ape lagi, trus lock harga untuk tambah stok emas... Hehe.... Time2 macam ni la sesuai untuk kita tambah stok emas kita... Juga kepada sesiapa yang baru mula nak membeli emas, ni peluang anda sebab harga emas jatuh agak banyak..

Kenapa harga emas jatuh??? Hmmm.... Saya pun masih baru & masih belajar lagi tentang perkara ni...ni pendapat saya & apa yang saya dapat dari pengalaman saya la tentang harga emas ni....

Kebiasaannya, harga emas akan jatuh atau naik mendadak secara tiba-tiba kerana kesan dari news release.. Contohnya, hari Jumaat minggu lepas, US ada mengeluarkan news bahawa "The Unemployment Rate In US Is Worsen" , dimana itu menunjukkan bahawa krisis ekonomi di sana semakin teruk... Kesannya?? Harga emas terus naik mendadak pada waktu itu....

Ada banyak faktor yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas... Perlu banyakkan pembacaan supaya dapat mengetahui faktor-faktor tersebut.... Tapi jangan risau... Emas ni, turun harga sekejap je, later dia akan naik harga semula... Sebab tu saya katakan, emas ni sesuai untuk pelaburan jangkamasa panjang...

No comments: